Monday 13 March 2017

E4 - Kurung moden berlace

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com



Minggu lepas merupakan minggu yang paling sibuk menyiapkan sepasang baju kurung moden berlace milik kawan baik akak. 

Pemilik baju ni nakkan baju kurung moden dengan potongan princess cut, kain godet belakang. Akak memang jahit dart tu sekali dengan lace, senang jika nak besarkan, tetas saja bahagian dart kat bahagian pinggang ni.

Beliau tempah sekali dengan jubah dan cardigan lace. Nanti akak share bagaimana akak transfer line pola ke kain lace. Akak tak guna tracing paper atau kapur sebab tak lekat pun kat lace tu.

Bagaimana akak susun aturan pola tu? Sebenarnya kalau lace ni, kena tengok lah bunga dia bagaimana. Yang ni bunga dia simple dan menegak dalam satu arah. Bahagian pola belakang tak ada masalah, pola hadapan kalau boleh biarlah bunga tu penuh iaitu mula susun bunga dari tengah pola. Barulah cantik ...

No comments:

Post a Comment