Monday 13 March 2017

E3- Kereta masuk bengkel

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com




Pagi ni kereta buat hal, coolant radiator kering walaupun dah isi semula 7 liter.
Perasan semalam semasa nak parking kereta di Jusco AU Setiawangsa ada coolant yang bocor atas jalan. Pagi ni periksa memang kosong.

Bila ada kereta ni, kita sentiasa jaga dan ambil tahu. Sekurang-kurangnya kena tahu asas penjagaan kereta. Di sini akak nak kongsikan beberapa tips asas. 


Tip periksa kerata sendiri:

1. Minyak enjin - pastikan minyak enjin di paras mencukupi, tiada kebocoran.

2. Bateri - Periksa air bateri. Tambah kalau tak mencukupi.

3. Cecair penyejuk (Coolant) - Tambah jika tidak mencukupi.

4. Lampu & lampu signal - Periksa sentiasa, Tukar mentol jika terbakar.

5. Getah pengelap cermin - Tukar jika dah haus.

6. Tayar - pastikan tekanan angin keempat-empat tayar mencukupi. Tukar tayar yang sudah botak.

7. Pad brek - Periksa pad brek. Gantikan jika sudah haus.

8. Wayar 'Jump Start' dan pam - Sentiasa bawa jika berlaku kecemasan bateri dan tayar.

No comments:

Post a Comment