Tuesday 28 March 2017

E25 - Cara mengambil ukuran badan

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi peribadi dan Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini akak nak kongsikan satu tip penting dalam merekabentuk pola baju, ambil ukuran badan yang betul dan tepat. Cara kita mengambil ukuran sangat penting, janganlah ambil sambil lewa. Keselesaan pelanggan dengan baju yang kita jahit itu sangat penting.

Sepanjang pengalaman akak menjahit baju pengantin, alhamdulillah respon pelanggan amatlah baik. Sebelum pelanggan ambil baju, akak akan pastikan pelanggan akak datang dua minggu dari tarikh siap untuk mencuba atau fitting. Pada masa inilah kalau ada yang perlu diubah atau alter dilakukan.

Untuk entri kali ini akak nak share antara ukuran yang biasa akak ambil. Setiap pereka ada cara tersendiri, tidak ada yang betul atau salah yea ...

Ukuran yang diperlukan adalah:

a   panjang bahu - ukur dari tulang bahu kanan hingga ke tulang bahu kiri .
b   keliling leher 
c   keliling dada - ukur keliling dada yang paling besar.
d   keliling pinggang - ukur keliling bahagian pinggang yang terkecil.
e   keliling punggung - ukur keliling punggung yang paling besar.
f    bahu ke mercu - ukur dari bahu hadapan ke titik mercu dada.
g   bahu ke pinggang hadapan -  ukur dari bahu ke garisan pinggang.
h   labuh punggung - ukur dari pinggang ke bahagian punggung yang paling lebar.
j    lebar lengan - ukur keliling pergelangan tangan, jika lengan panjang.
k   keliling lengan - ukur keliling ketiak.
m  panjang lengan - ukur labuh lengan yang dikehendaki.
n   labuh baju - ukur dari badan hadapan, bahu hingga ke labuh baju yang dikehendaki.
p   labuh kain - ukur dari pinggang hingga ke labuh yang dikehendaki.
q   mercu ke mercu - ukur lebar mercu dada melalui titik yang paling tinggi antara keduanya.
r    bahu ke pinggang belakang.









2 comments:

  1. Salam sejahtera dan selamat tahun baru sis...boleh saya join belajar buat buat baju dari sis?.. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera. Saya minat nak menjahit tapi zero knowledge. Nak ambi kursus menjahit, keadaan persekitaran kita belum aman lagi.Terima kasih kerana berkongsi tips di sini.

    ReplyDelete