Showing posts with label Panduan Asas. Show all posts
Showing posts with label Panduan Asas. Show all posts

Saturday, 8 April 2017

E38 - bagaimana menjahit zip biasa untuk beginner

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Entri kali ini akak nak kongsi cara jahit zip biasa bagi yang betul-betul beginner, atau memang tak reti nak jahit zip bagi nampak cantik lah. Kalau yang dah tahap mahir tu sila abaikan lah yea ...

Ikut jer langkah ni ... pasti korang boleh jahit nya lah .



Macam biasa sediakan lah bahan yang perlu terutama zip biasa ...



Cantum kain dengan jahit kasar.



Buka basi lipatan dan gosok supaya kemas.



Letakkan zip atas garisan cantum.. bahagian kiri betul-betul tepi zip. 



Kemaskan dengan selotep.



Terbalikkan bahagian hadapan. Tandakan bahagian bawah dengan pin.



Jahit dari bawah ke atas. Mulakan dengan bahagian kiri.



jahit sehingga tiba ke kepala zip.



Angkat tapak zip dengan jarum masih dalam kain.



Tarik kepala zip ke bawah, Sila lihat gambar di atas.



Turunkan balik tapak, jahit sampai habis.



Kemudian jahit dari bawah, naik ke atas jarak 1/2" dari tepi kain.



Bila tiba hampir dengan kepala zip, tetas jahit kasar tadi.



Sambung jahit sampai habis



Jangan lupa buang selotep tadi, nanti zip tak boleh nak lalu .



Tetas semua jahit kasar sampai ke jahitan bawah zip.



Siap.


Selamat mencuba.

Sumber: makeit-loveit.com

Friday, 7 April 2017

E37 - cara jahit zip sorok

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar : Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebut saja zip sorok, mesti orang kata susah kan ... tapi sebenarnya jahit zip soroklah yang paling senang. Tak percaya, cubalah jahit ikut tutorial ini. Akak pun rujuk pada blog ini. Tapak jahit zip sorok ni ada tapi kalau nak guna tapak jahit zip pun boleh, ikut keselesaan masing-masing lah ...




Tandakan dari atas ke bawah 3/4", ini tempat letak zip, pastikan kiri dan kanan kain sama. Kemudian tandakan 5/8" untuk basi jahitan zip.




Untuk memudahkan jahit zip, buka dan gosok gigi zip agar terbuka dan rata.



Letakka zip di garisan 5/8" , bahagian luar kain. Pinkan. Tandakan 1" atas dari kepala zip. Ini tempat akhir jahitan.



Jahit . 



Jahit sebelah lagi.



Cantumkan bahagian bawah kain. Mula jahit dari hujung zip sehingga hujung kain.



Siap.


Selamat mencuba ...

Sumber: craftsy.com

E35 - cara jahit bucu ben pinggang

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semasa berjalan-jalan di Google, akak terjumpa teknik ini menjahit bucu pinggang yang tepat dan rata. Akak kongsikan lah kalau ada yang nak mencubanya.



Sediakan kain untuk ben pinggang, dalam tutorial ini dia guna dua fabrik berasingan untuk bahagian dalam dan luar.



Cantumkan seperti dalam gambar di atas.



Kemudian lipat seperti dalam gambar diatas.



Jahit.



Kemaskan dengan potong basi sehingga 3/8" dan bahagian lipatan tebal di atas potong segitiga



Masa nak terbalikkan tu pastikan bucu atas dipegang, rujuk gambar di atas.






Siap dan kemaskan dengan menggosoknya.


  

Selamat mencuba.

Sumber: notesfromamadhousewife.wordpress.com

E34 - cara menjahit kemasan hujung kain berbentuk scallop

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini akak nak kongsikan cara menjahit kemasa hujung baju atau kain berbentuk scallop atau separa bulatan. Boleh rujuk langkah demi langkap di bawah ni yea ...



Contoh kemasan berbentuk scallop.



kalau nak dapatkan bentuk scallop yang sekata boleh lah guna sebarang barang yang bentuk bulat seperti cawan, mangkuk, gelas dan sebagainya.



nak dapatkan bentuk yang sama banyak atau sekata, ukurlah dahulu panjang kain berapa. kemudian barulah fikirkan berapa kelebaran yang sesuai. Rujuk gambar di atas



Dah dapat berapa lebar scallop yang perlu, tekaplah bentuk separa bulat ke atas kain.



Jahit sepanjang garis lukisan scallop itu.



Snip sepanjang garis lengkung dan terbalikkan.



Jangan lupa untuk gosok supaya lebih kemas.


Selamat mencuba ...



Sumber: craftsy.com

Wednesday, 5 April 2017

E32 - Jahit getah pinggang (exposed waistband)

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Entri kali ini cara menjahit getah pinggang terus tanpa lapik (exposed) yang biasa kita lihat di kain atau skirt kanak-kanak. 






cantumkan getah pinggang



Lipat dua dan tandakan bahagian tengah.



Lipat sekali lagi dan tandakan lipatan itu.



Begitu dengan bahagian kain, tandakan 4 penjuru seperti getah pinggang tadi



Cantumkan getah pinggang pada bahagian luar kain.



Jika ada lebihan kain antara 4 pin itu, jangan risau nanti kita akan tarik sewaktu menjahit nanti.


Jahit 1/4" atau 1/2" dari getah pinggang. Dah siap terbalikkan, rujuk gambar atas sekali.


Sumber: simplesimonandco.com



Monday, 3 April 2017

E31 - Jahit zip pada kain tanpa belahan

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini pula, akak share cara menjahit zip pada kain tanpa belahan.

















Sumber:  weallsew.com