Sunday 9 April 2017

E44 - berubah demi kesihatan

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Entri kali ini akak nak ceritakan kisah bagaimana akak terniat untuk buangkan lemak yang berlebihan ni. Sebelum tu akak nak share gambar ni dulu ...


Nampak tak, gambar 2013 dan 2015 tu ... akak memang bulat sebulatnya. Berat akak mencanak naik bila akak demam. Selera tak ada tapi akak makan biskut coklat chip dan akibatnya badan akak naik mendadak. Itu masa dalam gambar 2013. 

Akak mula balik dengan aktiviti senaman. Tapi masa itu tak berapa nak kisah sangat. Tanpa diduga akak diuji dengan masalah peribadi pada penghujung 2015. Akak start bangkit awal 2016 dengan azam dan tekad untuk jalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna. Masalah akak abaikan kerana akak tahu Allah sentiasa akan bantu orang dianiayai. 

Akak mula dengan jaga makan tapi akak tak diet tau ... 


Antara perkara yang akak jaga:

  1. kurangkan gula
  2. minum air kosong banyak.
  3. kurangkan makanan berminyak.
  4. tidur yang cukup
  5. makan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
  6. catat pemakanan seharian
  7.  senaman beban dan kardio

Akak target untuk kurangkan peratusan lemak bukan kurangkan berat, sebab akak nak naikkan kekuatan otot juga. Maka dalam latihan senaman akak termasuk lah latihan beban. 
Selain dari buat sendiri, akak suka sertai mana-mana program seperti Dietfit, Flab2fab dan banyak lagi .. Selain dari senaman, dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang dalam proses yang sama ...


Hasilnya adalah seperti dalam gambar ke 3 itu. Namun begitu masih banyak lagi yang perlu akak usahakan, maklumlah dah berumur ini metabolisma memang rendah. Insyaallah akak akan terus berusaha tanpa jemu ..


Doakan lah yea misi akak berjaya ...

No comments:

Post a Comment