Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Sunday, 9 April 2017

E44 - berubah demi kesihatan

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Entri kali ini akak nak ceritakan kisah bagaimana akak terniat untuk buangkan lemak yang berlebihan ni. Sebelum tu akak nak share gambar ni dulu ...


Nampak tak, gambar 2013 dan 2015 tu ... akak memang bulat sebulatnya. Berat akak mencanak naik bila akak demam. Selera tak ada tapi akak makan biskut coklat chip dan akibatnya badan akak naik mendadak. Itu masa dalam gambar 2013. 

Akak mula balik dengan aktiviti senaman. Tapi masa itu tak berapa nak kisah sangat. Tanpa diduga akak diuji dengan masalah peribadi pada penghujung 2015. Akak start bangkit awal 2016 dengan azam dan tekad untuk jalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna. Masalah akak abaikan kerana akak tahu Allah sentiasa akan bantu orang dianiayai. 

Akak mula dengan jaga makan tapi akak tak diet tau ... 


Antara perkara yang akak jaga:

  1. kurangkan gula
  2. minum air kosong banyak.
  3. kurangkan makanan berminyak.
  4. tidur yang cukup
  5. makan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
  6. catat pemakanan seharian
  7.  senaman beban dan kardio

Akak target untuk kurangkan peratusan lemak bukan kurangkan berat, sebab akak nak naikkan kekuatan otot juga. Maka dalam latihan senaman akak termasuk lah latihan beban. 
Selain dari buat sendiri, akak suka sertai mana-mana program seperti Dietfit, Flab2fab dan banyak lagi .. Selain dari senaman, dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang dalam proses yang sama ...


Hasilnya adalah seperti dalam gambar ke 3 itu. Namun begitu masih banyak lagi yang perlu akak usahakan, maklumlah dah berumur ini metabolisma memang rendah. Insyaallah akak akan terus berusaha tanpa jemu ..


Doakan lah yea misi akak berjaya ...

Saturday, 8 April 2017

E42 - Dietfit 2.0 minggu %

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Program Dietfit 2.0 dah masuk minggu ke 5, minggu depan dah last dan minggu depan juga kami semua kena timbang. Akak suka masuk program begini sebab akak boleh lihat perkembangan berat akak sama ada makin turun atau makin naik. Sebenarnya berat tak penting tapi peratusan lemak yang hilang tu sebenarnya tujuan utama akak. 

Pagi ni sepatutnya kena daki bukit tapi disebabkan jurulatih kena jaga gym maka kami semua buat latihan beban. Akak ni belum baik sepenuhnya dari demam tapi bolehlah buat walaupun semput juga lah .


Latihan kali ini bertumpu pada bahagian atas badan, bahagian yang paling perlu bagi akak sebab kekuatan bahagian atas badan akak ni dah makin lemah sebab dah lama tak buat. 

Dalam entri yang lain, nanti akak kongsikan bagaimana perjalanan akak untuk buang lemak bermula. Akak share juga gambar akak yang sebelum ini ...


Selamat beristirehat dan selamat hujung minggu ...

Sunday, 2 April 2017

E29 - Minggu keempat Dietfit 2.0

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tak sangka tak lama lagi program Dietfit 2.0 akan berakhir, begitulah cabaran untuk buang lemak ini. Ada lagi dua minggu, pada minggu terakhir akan ada sesi pengukuran. Tidak sabar nak tahu sama ada lemak makin berkurang atau bertambah .

Rabu 29.03.2017 8.30pm










Sabtu 01.04.2017







rupa kami lepas habis latihan ...


Lepas latihan, kenalah makan ...



Sunday, 26 March 2017

E18 - Minggu ketiga Dietfit 2.0

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu ni dah masuk minggu ketiga, maka latihan kali ini agak berat jugalah sebab jurulatih kami kata, tiada maaf bagi lemak ...

Yang ni latihan pada 22.03.2017 Rabu 8.30 malam








Di bawah ini pula, Sabtu 25.03.2017 7.30 pagi di padang Setiawangsa






Saturday, 25 March 2017

E13 - Minggu kedua Dietfit 2.0 Setiawangsa

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com

Minggu Kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

bersambung aktiviti senaman di gym

Hari Rabu 15.03.2017 8.30pm












siap ada homework lagi tu, kena buat kat rumah.






Friday, 24 March 2017

E10 - Minggu Pertama Dietfit 2.0 Setiawangsa

Teks : Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com

Dietfit 2.0 Setiawangsa



Assalamualaikum....

Salam Sejahtera ...

Entri kali ini akak nak ceritakan pasal program membuang lemak yang akak seryai. Sebenarnya akak memang suka join program yang sebegini,bukan apa dapatlah juga akak berkenalan dengan lain-lain peserta, dapat bertukar idea dan maklumat yang berkaitan dengan diet dan senaman.

Sebelum sertai program sebegini akak memang dah ke gym dan ada trainer peribadi. Dulu berat badan akak mencecah 70kg, memang berat. Akak mula aktif dengan senaman awal 2016, berjaya turunkan peratusan lemak. Dalam entri lain, nanti akak share gambar dulu dan sekarang. 

Dietfit 2.0 ni akak baru saja sertai. Latihan senaman 2 kali seminggu dengan sehari di gym dan sehari lagi di padang. Kena jaga makan juga lah. 

Entri yang ni untuk minggu pertama. Biarlah gambar berbicara ...

Rabu 8.30 malam 08.03.2017 di gym Fixme Setiawangsa





Sabtu, 7.30pagi 11.03.2017 Di Padang Bola Setiawangsa