Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Saturday, 18 March 2017

E9 - Pentas Peragaan MASIF 2011

Teks : Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com

Satu pengalaman manis sewaktu aktif dalam dunia fashion.

MASIF 2011 DI KLCC, KUALA LUMPUR.



















Friday, 17 March 2017

E8 - Mempunyai anak 'Speech Delay'

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mempunyai cahaya mata yang bijak dan keletah memang menjadi impian semua ibu bapa, akak pun tak terkecuali. Sepanjang 3 tahun pertama perkembangan Azwa memang seperti biasa. Masuk tahun ke 4, akak mula bawa Azwa jumpa pakar kanak-kanak, disarankan agar bawa berjumpa  dengan 'Speech therapist'. Azwa confirm bukan dalam mana-mana kategori kurang upaya, hanya 'Speech delay'.

Sejak dari itu selama 3 tahun bermulalah routine akak membawa Azwa dan adiknya ke pusat terapi di Taipan, USJ. Satu perjalanan yang agak jauh memandangkan kami tinggal di Ampang,Selangor.

Kalau nak ceritakan setiap satu dengan detail, memang panjang. Cukuplah akak ringkaskan sahaja yea.

Alhamdulillah, Azwa baru sahaja sambung harijadi yang ke 10, sudah agak fasih bercakap. Perkembangan pelajaran dia pun nampak semakin meningkat. Satu perkembangan yang amat membanggakan akak sebagai ibunya. Akak tak pernah mengharap agar Azwa dapat A dalam setiap matapelajaran yang diambilnya. Walaubagaimana pun , perjalanan Azwa masih jauh. Di sekolah Azwa masih lagi menghadiri sesi terapi yang diselia oleh tenaga pengajar yang bertauliah di sekolah beliau.

Semoga Azwa terus cemerlang dalam segala bidang yang beliau pilih. 


Tuesday, 14 March 2017

E7: Media

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com

Catatan Pengalaman

Majalah Wanita Edisi Khas Pengantin 2009

Maaflah muka depan majalah ni scan terbalik jadinya.








E5 - Pentas Peragaan MASIF 2010

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com













Pengalaman manis kali pertama menyertai pentas peragaan MASIF 2010 di Pavilion, Kuala Lumpur. 



Monday, 13 March 2017

E2 - Bagaimana saya bermula dengan bidang jahitan

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com





Bagaimana minat menjahit itu ada?

Sebenarnya saya tak pernah terfikir nak pegang kain, benang dah yang seangkatan dengannya sebab saya ni bukannya lah jenis yang rajin duduk berjam-jam mengadap pola, kain atau mesin. 

Minat tu datangnya selepas saya jemu dengan kerja-kerja sebagai Jurutera Awam, kerja 24 jam tanpa rehat. Sebelum masuk UTM lagi saya dah belajar menjahit sebenarnya, sebab keluarga saya bukanlah dari keluarga yang senang. Mak paksa saya belajar menjahit lepas habis SPM. Alasan mak, kalau nak sentiasa pakai baju baru kenalah belajar menjahit. Bermula dari situ, semua baju-baju kurung moden yang saya pakai semasa belajar selama 5 tahun tu, baju yang saya jahit sendiri. Minat ... belum ada lagi pada masa tu.

Saya mula belajar menjahit secara intensif selepas berkahwin dan pindah ke Kuala Lumpur. Bukan setakat baju kurung, saya ambil kursus penuh sehingga ke baju pengantin. Sejak dari itu minat timbul untuk menjahit dan secara tidak rasmi profesion saya bertukar 360 darjah.

Secara amnya, minat memang kena ada kalau tak nak buang masa. Saya ambil masa yang agak lama jugalah untuk minat itu datang. 

Sekian.

#minatmenjahit
#jahitan