Showing posts with label Imej dan Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Imej dan Fesyen. Show all posts

Tuesday, 28 March 2017

E27 - Definisi bentuk badan

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,





Mungkin ramai yang keliru antara bentuk badan dan jenis badan. Mesti semua ingatkan ... sama kan. Sebenarnya salah. Bentuk badan dan jenis badan ni adalah dua faktor yang berbeza. Bentuk badan adalah silhouette atau gambaran tetapi jenis badan adalah ukuran sebenar badan yang dikenal pasti dengan mengambil kira berat dan isi badan.

Bentuk badan ada 5 jenis:


  1.  Pear
  2.  Epal
  3.  Segiempat tepat (pembaris)
  4.  Kun
  5.  Jam Pasir (hourglass)
Manakala jenis badan pula ada 3:

  1. Berangka atau skeletal
  2. Berisi atau moulded
  3. Berotot atau muscular

Antara faktor lain yang perlu diambl kira:
  • nisbah tubuh
  • bentuk muka
  • berat badan
  • tinggi dan skala badan - genit, plus size dan tinggi
  • struktur tulang - kecil, sederhana, besar
  • dan lain lain lagi
Tapi akak tak ada la nak explain semua tu sebab akak ni bukannya perunding imej. Sebagai pereka fesyen yang penting adalah bentuk badan, jenis badan, nisbah badan, struktur tulang dan keadaan fizikal pelanggan. 

Sebenarnya elok juga kalau kita faham bentuk badan kita dalam kategori mana sebab mudah untuk kita memilih pakaian yang sesuai. Imej diri sebenarnya penting, tidak kiralah sekalipun kita ini suri rumahtangga. Akak pun masih lagi belajar tentang imej, sebab ilmu ini luas. 

Rasanya cukuplah untuk malam ni ... kita sambung dalam lain entri yea.

Selamat malam.

.






Sunday, 26 March 2017

E19- mengenali personaliti diri sendiri

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernah tak kita terfikir, apakah sebenarnya imej atau personaliti kita. Rasanya ramai yang terfikir akan perkara ni kan? Bila dah baca 4 kategori yang akak ceritakan dalam entri yang sebelum, mesti ada yang tertanya, yang mana satu personaliti anda kan?

Bagaimanapun ianya harus berpandu juga pada apa yang kita rasa praktikal dan sesuai dengan kehidupan kita. 

Ada beberapa faktor lain yang perlu kita ambil kira seperti:


  1. Gaya peribadi - siapa diri kita, dan pada usia mana yang ingin kita tonjolkan.
  2. Cara hidup - apakah karier kita dan pakaian yang sesuai dengannya.
  3. Stail dan warna - tona apa yang menaikkan seri wajah dan psikologi dalam penampilan.
  4. Stail bentuk tubuh - kena tahu bentuk badan sendiri supaya kelemahan dapat ditutup dan aset yang boleh ditonjolkan.
  5. Stail pemakaian dan pakaian - pakaian, fabrik dan bentuk badan apa yang akan beri ilusi yang seimbang pada tubuh badan.
Sebenarnya ada kuiz yang telah buat oleh perunding imej bertauliah bagi mengenalpasti stail peribadi kita. Insyaallah akak akan share bila kelapangan nanti. Rajin-rajinlah follow akak kat page : Azwa Safrina Couture .

Selamat malam.

E17: Personaliti 4 - dramatik

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Personaliti keempat adalah dramatik.







Ciri-ciri am:
  • peminat setia fashion  
  • sentiasa berpakaian cantik dan busana terkini.
  • tidak peduli sama ada selesa atau tidak dengan apa yang dipakai.
  • menggemari design yang lurus dan simetri.
  • berpenampilan dramatik dan menarik perhatian.

Fabrik:
  • almari penuh dengan pakaian berwarna polos - lazimnya penuh dengan warna garang dan kontras.
  • material daripada geraldine, crepe dan jersi.
  • corak yang ketara atau geomatri dan abstrak besar.

Pakaian malam:
  • berkilauan dan glamor dihiasi dengan metalik dan batu yang melitupi keseluruhan silhouette badan.

Aksesori:
  • besar dan ketara berbentuk geometri, material daripada logam atau unik.
  • tas tangan jenis besar dan stail serta tekstur yang menonjol.
  • kasut dari perlbagai warna yang terang dan garang.


Mekap:
  • pilihan cara terkini dengan pilihan warna yang paling ketara



E16: Personaliti 3 - Klasik

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Personaliti ketiga adalah klasik.








Ciri-ciri am:

  • penampilan bersahaja, halus dan elegan
  • tidak akan berubah mengikut aliran fesyen terkini.
  • mengutamakan fesyen yang berkekalan dan tidak lapuk dek zaman.
  • bentuk pakain bersimetri dan seimbang.
  • berhati-hati dan tidak keterlaluan dalam memilih pakaian.

Fabrik:
  • warna polos atau bercorak kecil seperti siku keluang (herringbone) atau houndstooth.
  • corak berbunga lembut atau petak yang tersusun.
  • tidak gemar fabrik tebal atau yang melekap pada badan sebaliknya memilih fabrik bulu kambing halus, sutera dan jersi.

Pakaian malam:
  • pakaian yang diperbuat daripada baldu atau satin, bukan metalik dan berkilat.

Aksesori:
  • berbentuk bulat atau simetri dan dibuat daripada mutiara atau batu separa berharga.
  • kasut pump klasik dan stail dwi warna.
  • beg genggam atau briefcase yang berstruktur bukan jenis lembut

Tudung dan dandanan rambut:
  • kemas dengan stail yang jelas dan disengajakan.

Mekap:
  • rona konservatif dan dipilih ikut gaya tertentu.
  • warna terkini bagi pembayang mata dan lipstik tidak menjadi pilihan utama.

E15: Personaliti 2 - Romantik

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Personaliti kedua adalah romantik.








Ciri-ciri am:

  • penampilan lembut dan halus.
  • pemilihan pakaian yang mempunyai silhouette yang lembut dan berjurai dengan warna yang lembut dan dihiasi perincian seperti manik dan ropol.

Fabrik:
  • pemilihan fabrik yang ringan dan mudah beralun seperti sutera, sifon, voile serta kain cita.
  • corak berbunga dan warna pastel.
  • kain renda juga jadi pilihan.

Pakaian malam:
  • diperbuat dari fabrik baldu yang lembut, sifon atau renda.

Aksesori:
  • bercirikan kewanitaan
  • mutiara, barangan bermotifkan riben, loket cameo dan barangan kemas antik.
  • kasut pilihan adalah yang ringan dan terbuka, dengan tali halus atau kasut leper berhiaskan riben.
  • tas tangan yang kecil dan lembut.

Tudung dan dandanan rambut:
  • tudung yang flowy atau beralun dihiasi dengan aksesosi seperti pin, cekak rambut.
  • rambut yang panjang atau pendek tetapi berkerinting penuh atau berombak dihiasi riben, klip atau cekak rambut.

Mekap:
  • warna merah jambu lembut atau bayangan warna peach.
  • mekap disapu sederhana dan tipis sahaja.





E14 - Personaliti 1 - Santai dan semulajadi (natural)

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini akak akan terangkan personaliti yang pertama iaitu santai dan semulajadi (natural).






Ciri-ciri am:
  • suka gaya kasual, sederhana dan tidak mudah dipengaruhi oleh tren fesyen.
  • mengutamakan keselesaan.
  • peramah, mudah berbicara dan santai

Fabrik:

  • Fabrik pilihan mestilah tahan lasak dan tidak perlu di gosok seperti denim, corduroy.
  • corak pilihan selalunya berpetak atau jalur untuk kemeja.
  • 'tweeds' untuk jaket dan kot.
  • pakaian panas yang diperbuat daripada kaitan tangan dan corak berstruktur.

Pakaian malam:
  • tetap gaya santai walaupun menghadiri majlis rasmi, contoh seperti seluar dengan blaus yang anggun atau skirt labuh dengan blaus kain lembut.

Aksesori:

  • barangan asas seperti rantai, subang lekap yang kecil sama ada dari emas atau kayu.
  • kasut jenis loafer atau sneakers untuk pakaian kasual dan kasut bertutup tumit rendah untuk majlis rasmi atau formal.
  • juga akan mengenakan beg sandang yang lembut.

Tudung atau rambut:

  • tudung yang mudah dikenakan seperti bawal atau instant 
  • rambut didandan bersahaja dan mudah dibelai

Mekap:

  • paling minimum - mungkin di pipi dan bibir sahaja

Gambaran secara ringkas untuk personaliti santai ini adalah 

Asli, bergaya, santai, sentiasa seronok





E12 - Mengenali personality

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Analysis personality - Apakah itu sebenarnya?

Pemilihan pakaian kita sebenarnya dipengaruhi oleh karekter fisikal, warna, struktur tulang, gaya hidup, keluarga, media dan persekitaran. Bagaimanapun gaya peribadi kita ditentukan oleh personality dalaman dan tafsiran peribadi dalam fesyen.

Apabila sesesorang itu berpakaian dengan cara dan aksesori yang melambangkan style peribadi mereka sendiri, secara tidak langsung orang ramai akan perasan diri dia dahulu, kemudian barulah pakaian nya. 

Kategori personaliti.

Ada 4 jenis kategori personaliti yang utama iaitu:


  1. Santai semulajadi (natural).
  2. Romantik
  3. Klasik 
  4. Dramatik
Walau bagaimanapun, terdapat individu yang personalitinya mengandungi ciri melebihi satu kategori, ada yang kekal dan konsisten dengan satu kategori sahaja dan ada pula mempunyai personaliti yang tergolong dalam semua kategori. Setiap kategori mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Akak akan terangkan dengan lebih jelas 4 personaliti dalam entry yang akan datang.







Friday, 24 March 2017

E11 - Mengapa imej itu penting?

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...




Topik kali ni, apakah yang dimaksudkan dengan imej? Mengapa imej itu penting?

Aset paling penting milik kita adalah imej peribadi kita sendiri.

Tanggapan orang lain dalam masa 15 saat pertama terhadap penampilan diri sendiri bila bertemu mencerminkan diri kita sebenarnya. Ia memberi kesan terhadap setiap aspek kehidupan kita seperti kerjaya, sosial. Kalau pandangan pertama baik, maka baiklah jadinya. Begitu juga sebaliknya. Sebenarnya tanggapan pertama ini boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Tak kiralah siapa kita atau apa pekerjaan kita, akhirnya bergantung apa yang orang lain fikirkan tentang diri kita, memang tidak boleh dinafikan. Betul tak ?

Begitu juga dengan akak, sepanjang akak jadi designer, pertama sekali akak lihat imej diri pelanggan akak. Cuba untuk kenali karektor dalam perbualan. Macam-macam ragam pelanggan, ada yang minta dijahitkan paten baju begini, begitu tanpa mereka sedar ada antara paten itu memang langsung tidak sesuai dengan imej, personaliti atau bentuk badan.

Akak selalu nasihatkan pelanggan akak kalau paten itu tidak sesuai, dengan bagi idea rekaan lain yang lebih sesuai. Begitu juga dengan pemilihan warna dan fabrik.

Maka nasihat akak, belajarlah untuk mengenali personaliti diri, bentuk badan, warna yang sesuai dan lain-lain yang berkaitan dengan imej. Akak ini bukanlah perunding imej tetapi belajar dengan hadiri kursus yang berkaitan, nanti akak akan share dalam entri yang lain yea ...

Maaf kalau perkataan atau ayat terbalik ke, tunggang langgang ke, akak ni bukannya reti menulis sangat maklumlah dah lama tak belajar menulis.