Thursday 30 March 2017

E28: Teknik menanda fabrik jarang.

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi dan Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini akak nak kongsikan cara akak memindahkan pola ke kain yang lembut seperti sifon atau lace. Kebanyakan bakal penganting memang suka guna fabrik ini sebab ada ciri-ciri mewah. Kalau kain seperti satin senang untuk pindahkan garisan pola , boleh guna tracing paper atau kapur. Kain sifon dan lace , kalau guna tracing paper memang karbon itu takkan lekat, kalau lekatkan pun memang susah sebab kena berhati-hati dan lambat jadinya.

Akak guna teknik tailor's tack. Boleh lihat kat gambar di bawah ni. Kain lace, benang merah tu akak gunakan sebagai penanda.



Ilustrasi grafik bagaimana nak jahit tailor's tack . 





Dalam tutorial ni, kain yang digunakan adalah kain biasa, boleh jer kalau nak gunakan kaedah tailor's tack , konsep sama sahaja

Langkah demi langkah ni akak ambil dari sewholic.net .




Jahit atas pola dan fabrik.






Tanggalkan pola.



Buka lembaran kain itu.



Tarik lebar sedikit, kemudian potong benang tersebut.




Beginilah keadaan benang bila dah siap dipotong. 



Credit gambar kepada sewaholic.com


Tuesday 28 March 2017

E27 - Definisi bentuk badan

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,





Mungkin ramai yang keliru antara bentuk badan dan jenis badan. Mesti semua ingatkan ... sama kan. Sebenarnya salah. Bentuk badan dan jenis badan ni adalah dua faktor yang berbeza. Bentuk badan adalah silhouette atau gambaran tetapi jenis badan adalah ukuran sebenar badan yang dikenal pasti dengan mengambil kira berat dan isi badan.

Bentuk badan ada 5 jenis:


  1.  Pear
  2.  Epal
  3.  Segiempat tepat (pembaris)
  4.  Kun
  5.  Jam Pasir (hourglass)
Manakala jenis badan pula ada 3:

  1. Berangka atau skeletal
  2. Berisi atau moulded
  3. Berotot atau muscular

Antara faktor lain yang perlu diambl kira:
  • nisbah tubuh
  • bentuk muka
  • berat badan
  • tinggi dan skala badan - genit, plus size dan tinggi
  • struktur tulang - kecil, sederhana, besar
  • dan lain lain lagi
Tapi akak tak ada la nak explain semua tu sebab akak ni bukannya perunding imej. Sebagai pereka fesyen yang penting adalah bentuk badan, jenis badan, nisbah badan, struktur tulang dan keadaan fizikal pelanggan. 

Sebenarnya elok juga kalau kita faham bentuk badan kita dalam kategori mana sebab mudah untuk kita memilih pakaian yang sesuai. Imej diri sebenarnya penting, tidak kiralah sekalipun kita ini suri rumahtangga. Akak pun masih lagi belajar tentang imej, sebab ilmu ini luas. 

Rasanya cukuplah untuk malam ni ... kita sambung dalam lain entri yea.

Selamat malam.

.






E26 - Kelim Betawi

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Akak nak share teknik jahitan yang selalu akak guna bila menjahit kain sifon atau lace tanpa lining. Kalau yang berlining tu biasanya akak jahit sekali. Kain sifon ni sangat jarang dan lembut. Kalau nak guna mesin jahit tepi memang tak cantil sebab nampak. Maka teknik jahitan yang terbaik adalah kelim betawi.

Akak terangkan dalam bentuk ayat, memang tidak lah pandai. Gambar-gambar ni akak ambil dari google. Dalam bahasa english teknik dipanggil French Seam.  Gambar ni guna kain kapas, tapi teknik tu sama sahaja.







Pinkan 2 keping bahagian luar kain bertemu bahagian luar kain





Jahit dengan basi jahitan sebanyak 1/4". Gosok.



Gunting basi jahitan itu sehingga tinggal 1/8"



Buka dan gosok, lepas itu lipat dua dan gosok lagi. Jahit pada kelebaran 1/8" .



Kemaskan. 



Siap sudah ...



E25 - Cara mengambil ukuran badan

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi peribadi dan Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini akak nak kongsikan satu tip penting dalam merekabentuk pola baju, ambil ukuran badan yang betul dan tepat. Cara kita mengambil ukuran sangat penting, janganlah ambil sambil lewa. Keselesaan pelanggan dengan baju yang kita jahit itu sangat penting.

Sepanjang pengalaman akak menjahit baju pengantin, alhamdulillah respon pelanggan amatlah baik. Sebelum pelanggan ambil baju, akak akan pastikan pelanggan akak datang dua minggu dari tarikh siap untuk mencuba atau fitting. Pada masa inilah kalau ada yang perlu diubah atau alter dilakukan.

Untuk entri kali ini akak nak share antara ukuran yang biasa akak ambil. Setiap pereka ada cara tersendiri, tidak ada yang betul atau salah yea ...

Ukuran yang diperlukan adalah:

a   panjang bahu - ukur dari tulang bahu kanan hingga ke tulang bahu kiri .
b   keliling leher 
c   keliling dada - ukur keliling dada yang paling besar.
d   keliling pinggang - ukur keliling bahagian pinggang yang terkecil.
e   keliling punggung - ukur keliling punggung yang paling besar.
f    bahu ke mercu - ukur dari bahu hadapan ke titik mercu dada.
g   bahu ke pinggang hadapan -  ukur dari bahu ke garisan pinggang.
h   labuh punggung - ukur dari pinggang ke bahagian punggung yang paling lebar.
j    lebar lengan - ukur keliling pergelangan tangan, jika lengan panjang.
k   keliling lengan - ukur keliling ketiak.
m  panjang lengan - ukur labuh lengan yang dikehendaki.
n   labuh baju - ukur dari badan hadapan, bahu hingga ke labuh baju yang dikehendaki.
p   labuh kain - ukur dari pinggang hingga ke labuh yang dikehendaki.
q   mercu ke mercu - ukur lebar mercu dada melalui titik yang paling tinggi antara keduanya.
r    bahu ke pinggang belakang.









Monday 27 March 2017

E24: Cara mencantum blok patchwork

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Teknik mencantum antara blok patchwork. 












E23 - Panduan asas jahit patchwork 4 - oktogen

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Asas menjahit bentuk oktogen - 8 sisi.


















Selamat mencuba ...















E22: Panduan asas jahit patchwork 3 - heksagon

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bentuk heksagon - enam sisi.



















Selamat mencuba ...