Saturday 8 April 2017

E38 - bagaimana menjahit zip biasa untuk beginner

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Entri kali ini akak nak kongsi cara jahit zip biasa bagi yang betul-betul beginner, atau memang tak reti nak jahit zip bagi nampak cantik lah. Kalau yang dah tahap mahir tu sila abaikan lah yea ...

Ikut jer langkah ni ... pasti korang boleh jahit nya lah .



Macam biasa sediakan lah bahan yang perlu terutama zip biasa ...



Cantum kain dengan jahit kasar.



Buka basi lipatan dan gosok supaya kemas.



Letakkan zip atas garisan cantum.. bahagian kiri betul-betul tepi zip. 



Kemaskan dengan selotep.



Terbalikkan bahagian hadapan. Tandakan bahagian bawah dengan pin.



Jahit dari bawah ke atas. Mulakan dengan bahagian kiri.



jahit sehingga tiba ke kepala zip.



Angkat tapak zip dengan jarum masih dalam kain.



Tarik kepala zip ke bawah, Sila lihat gambar di atas.



Turunkan balik tapak, jahit sampai habis.



Kemudian jahit dari bawah, naik ke atas jarak 1/2" dari tepi kain.



Bila tiba hampir dengan kepala zip, tetas jahit kasar tadi.



Sambung jahit sampai habis



Jangan lupa buang selotep tadi, nanti zip tak boleh nak lalu .



Tetas semua jahit kasar sampai ke jahitan bawah zip.



Siap.


Selamat mencuba.

Sumber: makeit-loveit.com

No comments:

Post a Comment