Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mempunyai cahaya mata yang bijak dan keletah memang menjadi impian semua ibu bapa, akak pun tak terkecuali. Sepanjang 3 tahun pertama perkembangan Azwa memang seperti biasa. Masuk tahun ke 4, akak mula bawa Azwa jumpa pakar kanak-kanak, disarankan agar bawa berjumpa dengan 'Speech therapist'. Azwa confirm bukan dalam mana-mana kategori kurang upaya, hanya 'Speech delay'.
Sejak dari itu selama 3 tahun bermulalah routine akak membawa Azwa dan adiknya ke pusat terapi di Taipan, USJ. Satu perjalanan yang agak jauh memandangkan kami tinggal di Ampang,Selangor.
Kalau nak ceritakan setiap satu dengan detail, memang panjang. Cukuplah akak ringkaskan sahaja yea.
Alhamdulillah, Azwa baru sahaja sambung harijadi yang ke 10, sudah agak fasih bercakap. Perkembangan pelajaran dia pun nampak semakin meningkat. Satu perkembangan yang amat membanggakan akak sebagai ibunya. Akak tak pernah mengharap agar Azwa dapat A dalam setiap matapelajaran yang diambilnya. Walaubagaimana pun , perjalanan Azwa masih jauh. Di sekolah Azwa masih lagi menghadiri sesi terapi yang diselia oleh tenaga pengajar yang bertauliah di sekolah beliau.
Semoga Azwa terus cemerlang dalam segala bidang yang beliau pilih.
No comments:
Post a Comment