Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entri kali ini akak akan terangkan personaliti yang pertama iaitu santai dan semulajadi (natural).
Ciri-ciri am:
- suka gaya kasual, sederhana dan tidak mudah dipengaruhi oleh tren fesyen.
 - mengutamakan keselesaan.
 - peramah, mudah berbicara dan santai
 
Fabrik:
- Fabrik pilihan mestilah tahan lasak dan tidak perlu di gosok seperti denim, corduroy.
 - corak pilihan selalunya berpetak atau jalur untuk kemeja.
 - 'tweeds' untuk jaket dan kot.
 - pakaian panas yang diperbuat daripada kaitan tangan dan corak berstruktur.
 
Pakaian malam:
- tetap gaya santai walaupun menghadiri majlis rasmi, contoh seperti seluar dengan blaus yang anggun atau skirt labuh dengan blaus kain lembut.
 
Aksesori:
- barangan asas seperti rantai, subang lekap yang kecil sama ada dari emas atau kayu.
 - kasut jenis loafer atau sneakers untuk pakaian kasual dan kasut bertutup tumit rendah untuk majlis rasmi atau formal.
 - juga akan mengenakan beg sandang yang lembut.
 
Tudung atau rambut:
- tudung yang mudah dikenakan seperti bawal atau instant
 - rambut didandan bersahaja dan mudah dibelai
 
Mekap:
- paling minimum - mungkin di pipi dan bibir sahaja
 
Gambaran secara ringkas untuk personaliti santai ini adalah 
Asli, bergaya, santai, sentiasa seronok


No comments:
Post a Comment