Friday, 10 March 2017

E1 - Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan Salam perkenalan buat sahabat semua,

Sebelum perjalanan blog saya bermula, izinkan lah saya perkenalkan diri. Nama penuh yang diberi Sophiaton Norashikin Binti Hj Alias.

Pendidikan
·         Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (1989-1994)
·         Sekolah Muzaffar Syah Melaka (Mozac) (1984-1988)

Pengalaman kerja
·         2006 – kini : Fashion designer dan pemilik jenama pakaian Azwa Safrina Couture
·         2003 – 2005 : Pembantu peribadi kepada Arwah Hj Alias, pemilik Penakawan Security Services (M) Sdn Bhd (Arwah ayah)
·         1995-2003 : Design Engineer, Sunway PMI Pile Construction Sdn Bhd (Southern Region)

Pengalaman Bisnes
·         Bermula dari rumah dengan mengambil tempahan jahitan , pada masa ni belum lagi ada branding atau label sendiri
·         Iklankan melalui forum dan fotopages.
·         Bermula 2006 aktif dalam facebook atas nama Azwa Safrina Couture
·         2010 menyertai fashion show MASIF 2010 di Pavilion Kuala Lumpur untuk pakaian pengantin
·         2011 menyertai fashion show MASIF 2011 di KLCC Kuala Lumpur
·         2016 mengeluarkan pakaian sedia pakai (Ready to wear) kebarung dimana marketing melalui facebook dan Instagram.

Minat
Saya memang berminat dengan memasak. Mencuba segala resepi sama ada senang atau susah.
Saya juga berminat untuk mencuba paten pakaian terutama pakaian pengantin dan kanak-kanak.
Selain saya suka berkebun. Sedang cuba untuk belajar teknik-teknik menanam yang betul
Bersenam dan belajar teknik yang betul untuk setiap exercise.
Akhir sekali saya minat dengan kucing walaupun saya alah pada bulu kucing.

Kemahiran
·         Design, melakar pola dan menjahit merupakan kemahiran saya dalam bidang jahitan dan fesyen.

Kepakaran

Saya rasa saya belum layak untuk mengatakan bahawa saya pakar dalam bidang jahitan kerana ilmu dalam bidang ini sangat luas. Namun begitu saya amat berharap saya mampu untuk pergi jauh dalam bidang jahitan dan fesyen ini.


Jenis buku yang suka dibaca.
·         Jahitan dan segala yang berkaitan dengannya
·         Motivasi
·         Marketing
·         Branding

Matlamat untuk kelas ini.
Matlamat utama sertai kelas ini supaya saya dapat belajar menulis dengan lebih bersistem, bukan main hentam sahaja. Rajin menulis dengan bahasa penulisan yang betul. Belajar untuk sampaikan ilmu dengan cara menulis.

Sila lah melawat ke akaun media social saya :
facebook&Instagram :  Azwa Safrina Couture
facebook&Instagram:  Sophiaton Norashikin Alias



No comments:

Post a Comment