Monday, 13 March 2017

E2 - Bagaimana saya bermula dengan bidang jahitan

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com





Bagaimana minat menjahit itu ada?

Sebenarnya saya tak pernah terfikir nak pegang kain, benang dah yang seangkatan dengannya sebab saya ni bukannya lah jenis yang rajin duduk berjam-jam mengadap pola, kain atau mesin. 

Minat tu datangnya selepas saya jemu dengan kerja-kerja sebagai Jurutera Awam, kerja 24 jam tanpa rehat. Sebelum masuk UTM lagi saya dah belajar menjahit sebenarnya, sebab keluarga saya bukanlah dari keluarga yang senang. Mak paksa saya belajar menjahit lepas habis SPM. Alasan mak, kalau nak sentiasa pakai baju baru kenalah belajar menjahit. Bermula dari situ, semua baju-baju kurung moden yang saya pakai semasa belajar selama 5 tahun tu, baju yang saya jahit sendiri. Minat ... belum ada lagi pada masa tu.

Saya mula belajar menjahit secara intensif selepas berkahwin dan pindah ke Kuala Lumpur. Bukan setakat baju kurung, saya ambil kursus penuh sehingga ke baju pengantin. Sejak dari itu minat timbul untuk menjahit dan secara tidak rasmi profesion saya bertukar 360 darjah.

Secara amnya, minat memang kena ada kalau tak nak buang masa. Saya ambil masa yang agak lama jugalah untuk minat itu datang. 

Sekian.

#minatmenjahit
#jahitan


No comments:

Post a Comment