Monday, 3 April 2017

E30 - Jahit zip pada 2 keping kain

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya akak tak berapa reti nak terangkan terma atau perkataan dalam jahitan ini ke bahasa melayu, sebab akak lebih selesa guna dalam English. Begitu juga masa kerja dulu, belajar kejuruteraan 99% buku rujukan adalah bahasa English, nak terjemahan ke bahasa melayu punyalah tak reti. Maka ada sesetengah tu akak terpaksa guna english juga .. harap-harap adalah yang faham yea.

Entri kali ini, teknik menjahit zip nampak (exposed zip) pada dua keping kain. Lebih kurang sama dengan teknik jahit pada kain tanpa belahan, Akak akan kongsikan dalam entri selepas ini .

  1. Letakkan facing lebar 2.5cm/1" dan panjang pendek sedikit dari panjang zip
  2. Tandakan hujung zip pada facimg.
  3. Jahit mesin sepanjang facing hingga ke hujung zip.
  4. Jahit 2 keping kain dari tanda zip hingga ke penghujung kain.




5. Potong bentuk V pada hujung zip (rujuk rajah di atas)
6. Buka, lipat dan gosok.


7. Terbalikkan kain, letakkan zip dan pin.
8. Jahit mati hujung zip shj.



9. Dari bahagian luar, pinkan zip.
10. Jahit dari bahagian dalam zip (rujuk rajah di atas).



Siap ...


Sumber: patternrunway.com

No comments:

Post a Comment