Sunday, 9 April 2017

E44 - berubah demi kesihatan

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Entri kali ini akak nak ceritakan kisah bagaimana akak terniat untuk buangkan lemak yang berlebihan ni. Sebelum tu akak nak share gambar ni dulu ...


Nampak tak, gambar 2013 dan 2015 tu ... akak memang bulat sebulatnya. Berat akak mencanak naik bila akak demam. Selera tak ada tapi akak makan biskut coklat chip dan akibatnya badan akak naik mendadak. Itu masa dalam gambar 2013. 

Akak mula balik dengan aktiviti senaman. Tapi masa itu tak berapa nak kisah sangat. Tanpa diduga akak diuji dengan masalah peribadi pada penghujung 2015. Akak start bangkit awal 2016 dengan azam dan tekad untuk jalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna. Masalah akak abaikan kerana akak tahu Allah sentiasa akan bantu orang dianiayai. 

Akak mula dengan jaga makan tapi akak tak diet tau ... 


Antara perkara yang akak jaga:

  1. kurangkan gula
  2. minum air kosong banyak.
  3. kurangkan makanan berminyak.
  4. tidur yang cukup
  5. makan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
  6. catat pemakanan seharian
  7.  senaman beban dan kardio

Akak target untuk kurangkan peratusan lemak bukan kurangkan berat, sebab akak nak naikkan kekuatan otot juga. Maka dalam latihan senaman akak termasuk lah latihan beban. 
Selain dari buat sendiri, akak suka sertai mana-mana program seperti Dietfit, Flab2fab dan banyak lagi .. Selain dari senaman, dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang dalam proses yang sama ...


Hasilnya adalah seperti dalam gambar ke 3 itu. Namun begitu masih banyak lagi yang perlu akak usahakan, maklumlah dah berumur ini metabolisma memang rendah. Insyaallah akak akan terus berusaha tanpa jemu ..


Doakan lah yea misi akak berjaya ...

E43 - Tutorial jahit tote bag yang mudah

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Kali ni akak saja nak share tutorial pasal jahitan tapi bukan baju, jahit tote bag. Tutorial ni akak jumpa masa jelajah internet. Nampak menarik maka tak salah jika akak kongsikan dengan anda semua ...

Langkah demi langkah ni dalam bentuk gambar yea ...

































Selamat mencuba ...

Saturday, 8 April 2017

E42 - Dietfit 2.0 minggu %

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Koleksi Peribadi
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Program Dietfit 2.0 dah masuk minggu ke 5, minggu depan dah last dan minggu depan juga kami semua kena timbang. Akak suka masuk program begini sebab akak boleh lihat perkembangan berat akak sama ada makin turun atau makin naik. Sebenarnya berat tak penting tapi peratusan lemak yang hilang tu sebenarnya tujuan utama akak. 

Pagi ni sepatutnya kena daki bukit tapi disebabkan jurulatih kena jaga gym maka kami semua buat latihan beban. Akak ni belum baik sepenuhnya dari demam tapi bolehlah buat walaupun semput juga lah .


Latihan kali ini bertumpu pada bahagian atas badan, bahagian yang paling perlu bagi akak sebab kekuatan bahagian atas badan akak ni dah makin lemah sebab dah lama tak buat. 

Dalam entri yang lain, nanti akak kongsikan bagaimana perjalanan akak untuk buang lemak bermula. Akak share juga gambar akak yang sebelum ini ...


Selamat beristirehat dan selamat hujung minggu ...

E41- Tutorial bubble quilt

Teks: Sophiaton Norashikin Binti Alias
Gambar: Google
Email: sophiatonalias@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya bubble quilt ni dah lama viral satu ketika dulu tapi akak suka nak kongsikan langkah demi langkah ni sebab cantik. Manalah tahu nanti bila akak rajin akak pun boleh buat juga ... kan.






Size untuk kotak atas 6" x 6" dan asas (bawah) 4.5" x 4.5" sebanyak 49 keping darab 2 (rujuk gambar quilt di atas)



pinkan hujung kepingan atas dan bawah ( rujuk gambar )



Dan pepenjuru seterusnya.



Begini jadinya.



Terbalikkan untuk buat lipatan atau pleat





Buat begini untuk semua empat penjuru.






Jahit keliling.



Buat kesemua 49 keping.



Kemudian cantumkan kesemua kepingan.









dah siap cantum semuanya.





Buat potongan kecil panjang 2" untuk masukkan fiber.




Dah masukkan fiber, jahit tangan untuk tutup potongan tu ..


Sediakan lapik.



Sediakan ruffle, pinkan ke kain lapik seperti dalam gambar. Jahit dengan basi jahitan 1/4".
.













Sumber: awaitingada.com